Tentang Afif Azman
Hai! Nama saya Muhammad Afif bin Azman, berasal dari Kota Tinggi, Johor. Seorang suami kepada Nelly Nabeela dan ayah kepada Az Zahra, saya percaya bahawa setiap rumah adalah lebih daripada sekadar hartanah—ia adalah syurga dan tempat membina kenangan bersama keluarga.
Dengan latar belakang pendidikan dalam Sijil Agensi Harta Tanah dari Institut Penilaian Negara (INSPEN), saya memulakan kerjaya sebagai REAL ESTATE NEGOTIATOR (REN) pada tahun 2019 di Johor. Dari Kota Tinggi ke Lembah Klang, dan akhirnya kembali ke Johor pada tahun 2024, saya sentiasa mencari peluang untuk belajar dan menambah baik perkhidmatan saya kepada klien.
Kini saya adalah seorang EJEN HARTANAH (percubaan) atau PROBATIONARY ESTATE AGENT (PEA3370).
“Jauh perjalanan, luas pengalaman” — pengalaman ini memberikan saya kelebihan untuk memahami keperluan anda dan mencari solusi terbaik dalam pasaran hartanah Johor.
Mengapa Memilih Saya?
Pengalaman Luas: Lebih 5 tahun dalam industri hartanah, saya telah menguruskan pelbagai kes, dari rumah kos rendah hingga hartanah bernilai tinggi. Setiap urusan menjadi pengajaran berharga yang saya gunakan untuk membantu klien mencapai kejayaan.
Pendekatan Mesra: Saya bukan hanya ejen; saya adalah rakan anda dalam proses jual beli hartanah. Saya komited untuk mendengar keperluan anda, memahami situasi, dan memberikan nasihat yang sesuai dengan keperluan anda.
Objektif Jangka Pendek & Panjang:
Dalam jangka masa pendek, saya ingin mencapai jualan minimum RM4 juta setiap bulan secara konsisten dan mendaftarkan diri sebagai EJEN HARTANAH BERDAFTAR atau REAL ESTATE AGENT (REA).
Jangka masa panjang pula, saya mahu memperkasa jenama AFIF AZMAN sebagai Ejen Hartanah No. 1 di Johor dan membina pasukan yang mantap di setiap daerah di Johor!
Kisah Saya dalam Membantu Klien
Pernah membantu Puan Fazlin dan Encik Subakhi menjual rumah lama mereka di Taman Intan, Kluang. Walaupun rumah tersebut dalam keadaan kurang baik, saya tetap yakin dan berusaha mencari pembeli yang sesuai. Akhirnya, berjaya menjual rumah tersebut secara tunai—satu pencapaian yang membanggakan!
Kes menarik lain adalah ketika membantu Encik Ali Sidin menjual rumah di Taman Pelangi Indah pada harga lebih tinggi daripada anggaran Nilai Pasaran. Siapa sangka, tetap ada pembeli yang betul-betul berminat!
Setiap kisah kejayaan ini mengajar saya untuk terus maju dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada klien saya.
Hubungi Saya
WhatsApp: +60137946079
Laman Web: www.hartalist.com
Facebook: Afif Azman | Instagram: @apipazman
APA KATA MEREKA?